TAMAN HERBA PERLIS
menerangkan jenis-jenis herba yang terdapat dan khasiat setiap herba...
Nama Tempatan: | Lemba Batu |
Nama Saintifik: | Cucurligo Latifolia |
Nama Lain: | Lamba,pinang puyuh |
Famili: | Hypoxidaceae |
Lokasi dijumpai: | Dibelukar dan hutan |
Lemba Batu atau lebih dikenali sebagai pinang puyuh dikelantan ialah sejenis tumbuhan berumpun yang biasa ditemui dikawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari. Bunganya berwarna kuning, kecil dan berbentuk loceng dan berada dalam gugusan.Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang,kecil dan mempunyai rasa yang sangat manis.Buahnya boleh dijadikan campuran dalam sirap seperti biji selasih dan ia juga boleh berfungsi menyejukkan badan.Rasa manis akan melakt agak lama pada lidah sehingga jika kita minum air putih selepas makan buah lemba, kita akan merasa air putih itu mempunyai rasa yang sangat manis.Lemba membiak melalui rizomnya.Ia sukakan tempat yang redup dan mempunyai pengairan yang baik. | |
kegunaan: | |
Lemba Batu mempunyai khasiat untuk menyembuhkan pedih hati, bengkak, luka, malaria, batuk dan melawas kencing. |